Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, July 31, 2012

Ibu penulis blog Vietnam bakar diri protes kerajaan

Ibu penulis blog Vietnam bakar diri protes kerajaan
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Ibu penulis blog Vietnam bakar diri protes kerajaan
Ta Phong Tan
HO CHI MINH CITY - Ibu kepada seorang penulis blog, yang memprotes tindakan kerajaan menahan anaknya, mati selepas membakar dirinya di hadapan sebuah pejabat kerajaan di sini semalam.

Beliau memprotes terhadap penahanan anak perempuannya, Ta Phong Tan, yang menghadapi tuduhan menyebarkan propaganda antikerajaan, kata seorang lagi anaknya kepada BBC Vietnam.

Laporan itu menyebut bahawa Dang Thi Kim Lieng telah pergi seorang diri wilayah selatan Wilayah Bac Lieu.

Anak perempuannya, 43, dibicarakan pada bulan Ogos lalu dan boleh dipenjara selama 20 tahun.

Kim Lieng pergi ke bangunan kerajaan yang terletak di Bac Lieu secara bersendirian, tanpa memberitahu sesiapa, katanya.

Pihak polis tidak membuat sebarang komen. Tetapi aktivis dan peguam berkata dia mati sejurus dibawa polis ke hospital di Ho Chi Minh City.

~selanjutnya

OLIMPIK 2012 :UPACARA PERASMIAN & PENUTUP


UPACARA PERASMIAN & PENUTUP

Upacara Perasmian
Tarikh              :           27 Julai 2012
Tempat            :           Stadium Olimpik London

Upacara Penutup
Tarikh              :           12 Ogos 2012
Tempat            :           Stadium Olimpik London



Sakit lutut = ?



Sakit Lutut = Glucosamine + Chondroitin + Methylsulfonylmethane



N3 pagi ini pasal sakit lutut yg biasa terjadi pada ahli sukan...yg aktif bersukan dan apabila berhenti bersukan..( berat badan naik hahahahha ) so admin pon cari laa solution...search dpt laa dr blog brother nie...mari tgk apa penyelesaiannya.....
Sportman selalunya akan experience masalah ni.
Aku start lalui masalah ni bila dah kurang main bola sepak @ futsall. Atas nasihat member aku, aku ambil glucosamine. Selepas seminggu 2, dah ok.
Lepas tu aku stop. Then masalah kembali. Kali ni ianya tak berlalu dengan cepat. Atas nasihat rakan sekolah yang owned Farmasi, dia suruh ambil glucosamine combine with Chondroitin. Ok tapi pemulihan masih slow.
Lastly, tokey farmasi lain pulak cadang kena glucosamine Chondroitin methylsulfonylmethane(MSM). Sekarang dah beransur ok tapi tak boleh stop terus.
Combination 3 jenis supplement ni adalah famous di US tapi tidak terdapat di Malaysia. So mungkin kena order ebay next time.


Ada juga sumber lain utk mengatasi masalah ini.....
dgn SUSU KAMBING..mari baca sini...


Sakit Lutut dan Inflamasi Sendi

Sakit Lutut
Sebut sahaja 'sakit lutut' ia begitu sinonim 
dengan masalah 'warga emas' terutama wanita 
yang sudah berusia. Walau bagaimanapun ia boleh juga
 terjadi dikalangan lelaki berusia dan kanak-kanak. 
Banyak sebab berlakunya sakit lutut ini antaranya 
kecederaan kerana aktiviti lasak ketika bersukan,
 kemalangan, penyakit gout, jangkitan kuman, 
tulang yang berlaga disebabkan penyakit osteoarthritis (OA) atau 
lebih dikenali sebagai "wear-and-tear" arthritis
penyakit rheumatoid arthritis (RA) atau 
dikenali sebagai
 chronic autoimmune disease dan sebagainya. 
Walau bagaimanapun, 
diagnosis yang betul diperlukan untuk menentukan 
jenis penyakit yang dihidapi.

Adalah amat menyakitkan dan menyukarkan pesakit
 untuk melakukan
aktiviti-aktiviti harian mereka seperti berjalan, 
bersukan dan melakukan solat.
Mereka merasakan kesakitan yang amat sangat
 di bahagian lutut ketika
 hendak bangun dari duduk, berjalan dan
 ketika menaiki tangga.
 Jika rawatan segera tidak diambil maka penyakit ini akan bertambah kronik.


Rheumatoid arthritis (RA)
Mengikut statistik, lebih dari 1.3 juta penduduk di Amerika yang
mengalami masalah sakit lutut ini disebabkan oleh  rheumatoid arthritis (RA)
dan lebih 73% adalah wanita yang sudah berusia.

Rheumatoid arthritis (RA) ini boleh berlaku di kawasan
 sendi tangan, bahu,
kaki, jari tangan dan jari kaki dan ia akan menyebabkan bengkak,
 pergerakan
 yang menyakitkan, dan mungkin juga kecacatan (bengkok) pada sendi jari, tangan dan kaki.

Rheumatoid arthritis (RA) yang berlaku di kawasan sendi lutut akan menyebabkan
 sakit lutut yang amat sangat, berlaku pembengkakan, rasa panas, dan mungkin
 juga boleh menyebabkan demam atau selsema. Ia berlaku disebabkan satu bahagian
 'small pouch' yang dilitupi oleh sejenis tisu yang dipanggil 'synovium' terletak
di antara dua bahagian tulang rawan mengalami kemerosotan untuk
 mengeluarkan 'cecair pelincir' untuk pergesaran dan pergerakan
 antara dua tulang menjadi sakit dan 'small pouch' ini akan membengkak.


Rawatan Doktor

Apabila pesakit mendapatkan rawatan doktor,
biasanya doktor
 akan memberikan ubat-ubatan dadah atau
steroid dan Doktor
 akan lakukan pembedahan lutut jika perlu.

Antaranya ubatan-ubatan yang digunakan
 dalam rawatan, 
disease-modifying anti-rheumatic drugs (DMARDs)
 seperti berikut:

DMARDs include:

  • methotrexate (Rheumatrex, Folex)
  • leflunomide (Arava)
  • hydroxychloroquine (Plaquenil)
  • sulfasalazine (Azulfidine)
  • minocycline (Minocin, Vectrin, Dynacin)
  • azathiaprine (Imuran)
  • cyclosporine (Neoral, Sandimmune) 
Another category of DMARDs are biologic modifiers 
-- usually used with methotrexate. Biologic agents include:
  • adalimumab (Humira)
  • anakinra (Kineret)
  • etanercept (Enbrel)
  • infliximab (Remicade)
  • abatacept (Orencia)
  • rituximab (Rituxan)
Other treatments are:
  • Steroids

Susu Kambing HiGoat

Priskripsi ubatan-ubatan dari Doktor ini bukanlah
satu pilihan yang tepat.
Ia mungkin boleh membantu merawat dan
 menyembuhkan
 penyakit tetapi apa yang hendak disampaikan
 di sini ialah kita
 tidak perlu hidup dalam pergantungan dengan dadah dan steroid
 sepanjang hayat. Ada lagi rawatan alternatif
 yang amat berkesan
 dan mesti kita cuba sekiranya kita yakin 
akan kebaikan dan 
manfaatnya antaranya ialah susu kambing HiGoat.

Untuk berkongsi pengalaman dan testimoni benar
 dari seorang pesakit,
 beliau kini telah pulih dari masalah ini setelah beliau
 mengamalkan minum
 susu kambing HiGoat. Banyak kaedah rawatan selain
 dari rawatan Doktor
 yang beliau telah lakukan tapi hasilnya tidak
memuaskan sehinggalah
 beliau diperkenalkan dengan susu kambing HiGoat.
 Alhamdulillah,
beliau kini tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan Doktor.
 Hanya dengan mengamalkan minum dan
 menghabiskan sekotak
 susu kambing HiGoat telah ada kesan positif,
sakit lututnya hilang dan
 pergerakannya sudah semakin baik.















Kenapa Susu Kambing?

Susu kambing didapati mengandungi kandungan
 bioorganic sodium yang tinggi.
 Bioorganic sodiumdikenali dalam rawatan naturopathic sebagai
 elemen anti penuaan. Bioorganic sodium didapati
 mengurangkan masalah rheumatoid arthritis (inflamasi sendi).


Walau bagaimanapun, pilihan untuk mendapatkan
 rawatan dan usaha untuk mendapatkan penyembuhan
 terletak di tangan masing-masing. Jika kita berkeyakinan, 
apa salahnya kita mencuba mendapatkan sekotak 
susu kambing HiGoat dan cuba mengamalkannya.
InsyaAllah, sakit lutut kita akan pulih dengan izinNya.


SEJARAH SUKAN OLIMPIK

TEMASYA SUKAN OLIMPIK merupakan temasya sukan yang teragong dan paling berprestij di dunia. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913, dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama - sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
Temasya yang diadakan empat (4) tahun sekali ini berjaya menarik penyertaan atlet-atlet terbaik dunia dan kebiasaannya banyak rekod-rekod dunia yang dicipta di temasya tersebut.  Walaupun hadiah yang diperolehi hanyalah berupa pingat tetapi ianya tidak menghalang penyertaan atlet-atlet berkenaan. Namun begitu, oleh kerana prestijnya tinggi, banyak negara memberi insentif lumayan kepada pemenang-pemenang pingat di temasya berkenaan kerana kejayaan di Sukan Olimpik akan mendapat liputan yang meluas dan akan menaikkan nama negara berkenaan di seluruh dunia.
Oleh kerana pertandingan yang semakin mencabar, penyertaan di Sukan Olimpik bukanlah satu perkara yang mudah.  Kebanyakan sukan telah menghadkan penyertaan dengan menetapkan tahap kelayakan yang tinggi di samping beberapa jenis sukan yang lain terpaksa bertanding di pusingan kelayakan mengikut zon atau benua.  Ini selaras dengan hasrat Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menghadkan jumlah penyertaan sekitar 10,000 orang di temasya berkenaan.

OLIMPIK 2012

Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya “Games of the XXX Olympiad” (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai - 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.

London dipilih sebagai tuan rumah pada 6 Julai 2005 dalam Sesi IOC ke-117 di Singapura. London muncul sebagai pemenang proses pembidaan walaupun menghadapi persaingan yang kuat dengan bandar-bandar calon yang lain, terutamanya Perancis.  

     LOGO OLIMPIK LONDON 2012

  
     MASKOT

Olympic 2012 : Schedule & Result


Olympic 2012 : Schedule & Result

Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).


















[ Olympic 2012 : Schedule & Result click HERE ]

Monday, July 30, 2012

Asalmasukduit : 1002 pengunjung


TAHNIAH asalmasukduit.blogspot.com & TERIMA KASIH semua
dari
 
Money2gold


TAHNIAH   Money2gold dah cecah 1002 pengunjung pada jam 10:38 malam waktu Malaysia dan 5.38ptg waktu Baghdad, IRAQ..terima kasih semua atas sokongan n kunjungan anda.

Kalau guna Uncle Google lebih kurang 1.2 juta artikel dgn perkataan macam macam ada...



asalmasukduit pula 1110 artikel boleh dijumpai....



~harapan money2gold nak ramai kroni & nak pasang iklan n masyuk duit

p/s : blogger baru belajar bertatih


Wang kertas siri baru boleh digunakan di mesin pembelian tiket LRT, monorel


Wang kertas siri baru boleh digunakan 

di mesin pembelian tiket LRT, monorel


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Wang kertas siri baharu yang dikeluarkan
Bank Negara
sejak 16 Julai lepas boleh digunakan di mesin-mesin pembelian
tiket transit aliran ringan (LRT)
dan monorel bagi urusan pembelian token dan penambahan
 nilai Kad MyRapid.
Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad
(Prasarana)
 Masnizam Hisham berkata mesin-mesin pembelian tiket itu
menerima
wang kertas RM50, RM20, RM5 dan RM1 lama dan baharu
sejak wang kertas
baharu dikeluarkan secara rasmi.
"Begitu juga dengan syiling-syiling baharu. Ia diterima oleh
mesin-mesin
pembelian tiket kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masnizam berkata Prasarana dibekalkan oleh Bank Negara
dengan wang-wang kertas
 baharu sebelum pengedaran bagi menjalankan ujian terhadap
 sistem dan persiapan
bagi menghadapi urusan berkenaan.


Prasarana, syarikat induk kepada RapidKL,
mempunyai 286 mesin pembelian tiket
 yang ditempatkan di stesen-stesen LRT dan monorel. - Bernama


Perkahwinan Pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali
sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada
 awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah
dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin
dan keluarga mereka sendiri.

UPM universiti pertama Malaysia dapat akreditasi AACSB


UPM universiti pertama Malaysia dapat akreditasi AACSB

30 Julai 2012
SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menempa kejayaan cemerlang apabila menjadi universiti pertama di negara ini menerima akreditasi daripada badan antarabangsa, Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) baru-baru ini.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pengiktirafan itu diperoleh untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business School sekaligus menjadikan UPM universiti keenam di Asia Tenggara yang menerima akreditasi tersebut.

"Akreditasi AACSB adalah ciri kecemerlangan dalam pendidikan perniagaan yang hanya diperoleh oleh kurang lima peratus daripada program perniagaan di dunia," katanya pada sidang media di sini hari ini.

AACSB yang ditubuhkan pada 1916 adalah badan akreditasi antarabangsa yang tertua untuk sekolah perniagaan di universti yang menawarkan program sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang perniagaan dan perakaunan.

Kejayaan UPM itu diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB Jhon J. Fernandes di Tampa, Florida Amerika Syarikat melalui laman web www.aacsb.edu pada 26 Julai lepas.

Antara universiti antarabangsa yang telah mendapat pengiktirafan sama ialah Texas Universiti di Amerika Syarikat; Universiti Nasional Chonnam dan Universiti Dongguk di Korea Selatan; Universiti Istanbul di Turki dan Universiti Peking  di China.    

Dr Radin Umar berkata proses akreditasi melibatkan kajian dalaman yang ketat, penilaian, pelarasan dan mengambil tempoh beberapa tahun untuk memenuhi 21 kriteria standard ditetapkan.

Antara kriteria itu katanya, aktiviti pengajaran berkualiti, penetapan standard yang mencabar tetapi realistik, membimbing peningkatan dalam program pendidikan dan memberi cabaran kepada pendidikan untuk melakukan  penambahbaikan berterusan.

Selain itu, turut diambil kira ialah kualiti akademik hasil daripada ahli fakulti yang berkomunikasi dengan para pelajar dalam satu program saintifik yang disokong institusi serta kualiti pendidikan sedia ada dalam institusi.

Dr Radin Umar berkata semua sekolah perniagaan yang menerima pengiktirafan itu mesti melalui proses 'Peer Review' setiap lima tahun untuk memastikan akreditasi mereka dikekalkan.

"Akreditasi itu memberikan lebih keyakinan kepada UPM untuk terus mencipta kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa serta komitmen berterusan untuk memberikan pendidikan lestari berkualiti kepada pelajar," katanya.  - Bernama

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung


Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung

29 Julai 2012
Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung
Wodjan (kiri) diiringi bapanya tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 25 Julai lalu.
LONDON - Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.

Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.




Kutipan pingat Olimpik 2012 (setakat jam 6.30 pagi 30 Julai)


Kutipan pingat Olimpik 2012 (setakat jam 6.30 pagi 30 Julai)

30 Julai 2012
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).










BERIKUT kutipan pingat sukan Olimpik 2012 London (setakat jam 6.30 pagi 30 Julai, waktu Malaysia).


Kutipan emas: China di depan, Korea Utara ‘mengganas’


Kutipan emas: China di depan, Korea Utara ‘mengganas’

30 Julai 2012
Jesse Smith dari Amerika Syarikat (AS)
Jesse Smith dari Amerika Syarikat (AS) meraikan kemenangan dalam persaingan pusingan awal Water Polo lelaki menentang Montenegro bersama anak lelakinya, semalam. - Foto ihsan Ol
CHINA meneruskan penguasaan kutipan emas pada hari kedua Sukan Olimpik 2012 semalam dengan mengumpulkan 12 pingat termasuk enam emas.
Johan Olimpik 2008 Beijing ini mengumpulkan empat perak dan dua gangsa.
Naib Johan empat tahun, Amerika Syarikat (AS) berada di tempat kedua dengan 11 pingat iaitu tiga emas, lima (perak) dan tiga (gangsa).
Ia disusuli lima negara yang mengutip dua emas setakat semalam iaitu Itali, Korea Selatan, Perancis, Korea Utara dan Kazakhstan.
Austrlia, Brazil, Hungary, Belanda, Rusia, Georgia dan Afrika Selatan masing-masing telah menghimpunkan satu pingat emas.

Olimpik 2012: China dan Itali kuasai hari pertama


Olimpik 2012: China dan Itali kuasai hari pertama

29 Julai 2012
Yi Siling
Yi Siling meraikan kejayaan berganda - mengutip emas pertama bagi China dan atlet memperoleh emas pertama Sukan Olimpik 2012, semalam. - Foto ihsan BBC
Sarah Menezes
Sarah Menezes dari Brazil mengutip emas pertama bagi negaranya menerusi acara Judo 48kg Wanita semalam. - Foto ihsan London2012
CHINA memenangi emas pertama Sukan Olimpik 2012 yang sedang berlangsung di London, sekali gus mengakhiri hari pertama dengan empat emas.

Dengan empat emas dan dua gangsa, negara itu menduduki tangga teratas senarai kutipan pingat setakat ini.
Yi Siling menyumbangkan emas pertama bagi China dan juga mencipta nama mengutip emas pertama Sukan Olimpik 2012 menerusi acara 10m Air Rifle.
Mingjuan Wang pula mengutip emas dalam acara mengangkat berat.

Emas menerusi acara melibatkan atlet lelaki diperoleh hasil perenang Sun Yang.

Sementara itu, Ye Shiwen, 16, mencipta rekod dunia dalam acara medley individu 400m.

China yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008, muncul johan dengan 51 pingat emas. Ia disusuli Amerika Syarikat (AS) 36, Rusia (23), Britain (19), Jerman (16) dan Australia (14).

Dalam pada itu, Itali berada di tangga kedua dengan lima pingat - emas dari acara memanah dan menyapu bersih acara pedang.

Ia memperoleh masing-masing dua emas dan perak dan satu gangsa.

Olimpik: Aksi atlet Malaysia 29-30 Julai


Olimpik: Aksi atlet Malaysia 29-30 Julai

29 Julai 2012
Olimpik: Aksi atlet Malaysia 29-30 Julai

Sukan: Badminton di Wembley Arena

Sesi pertama:
Perseorangan (L)
3.30 petang hingga 4.35 petang
Datuk Lee Chong Wei

Perseorangan (W)
3.30 petang hingga 4.30 petang
Tee Jing Yee

Bergu (L)
4.42 petang hingga 5.14 petang
1) Koon Kien Keat
2) Tan Boon Heong

Bergu Campuran
3.30 petang hingga 4.37 petang
1) Chan Peng Soon
2) Goh Liu Ying


Sesi kedua:
Perseorangan (L)
8.07 malam  hingga 9.14 malam

Perseorangan (W)
7.30 malam hingga 9.35 malam

Bergu (L)
9.15 malam hingga 10.50 malam

Bergu Campuran
7.30 malam hingga 8.35 malam

Sesi Ketiga
Perseorangan (L)
2.07 pagi  hingga 4.24 pagi

Perseorangan (W)
1.30 pagi hingga 3.47 pagi

Bergu (L)
1.30 pagi hingga 3.49 pagi

Bergu Campuran
2.09 pagi hingga 4.20 pagi



Sukan: Terjun 3m Papan Anjal Seirama (W) di Aquatics Centre

Perlawanan penentuan pingat dan pusingan akhir
10.00 malam hingga 10.40 malam
Atlet Malaysia:
1) Pandalela Rinong
2) Cheong Jun Hoong

Sukan: Lawan Pedang Sabre perseorangan (L) di ExCel
5.30 petang hingga 6.10 petang: pusingan 64
6.30 petang hingga 7.50 petang: pusingan 32
8.10 malam hingga 8.50 malam: pusingan 16
9:10 malam hingga 9:30 malam: suku akhir

1.00 pagi hingga 1.40 pagi: separuh akhir
1.50 pagi hingga 2.10 pagi: penentuan pingat gangsa
2.10 pagi hingga 2.30 pagi: penentuan pingat emas

Atlet Malaysia: - Yu Peng Kean

Pakaian ala tentera kontinjen AS 'langgar' semangat Olimpik?


Pakaian ala tentera kontinjen AS 'langgar' semangat Olimpik?

29 Julai 2012
Pakaian ala tentera kontinjen AS 'langgar' semangat Olimpik?
Direka bentuk oleh Ralph Lauren, kontinjen Amerika Syarikat Sukan Olimpik 2012 London mengenakan pakaian seragam ala tentera. - Foto ihsan CNN
KETIKA rakyat seluruh dunia mengikuti majlis perasmian Olimpik 2012 dari London kelmarin, program TV biasa ditangguhkan siasaran untuk memberi laluan kepada temasya empat tahun itu.

Di sebalik tumpuan berhubung kontroversi pakaian seragam pasukan Amerika Syarikat (AS) "Buatan China", tidak banyak ditulis berkenaan dengan soal reka bentuk.

Pun begitu, jika merenung pakaian seragam yang terbaik dan terburuk dikenakan oleh setiap kontinjen yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 2012, yang sedang berlangsung di London, soal reka bentuk akan menjadi daya tarikan untuk dihalusi.

Lazimnya, kebanyakan negara tidak mengenakan pakaian seragam ketika Sukan Olimpik. Dalam soal ini, AS tidak mengambil pendekatan kohesif sehingga 1920.

Bagaimanapun pada hari ini, dengan fokus khalayak dari seluruh dunia dan pasaran juga memainkan peranan penting, penggunaan pakaian seragam oleh setiap kontinjen diambil kira sebagai simbol imej negara yang menyertai temasya empat tahun ini.

Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b


Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b

28 Julai 2012
Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b
Mark Zuckerberg
NEW YORK - Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya merosot AS$7.2 bilion (RM22 bilion) sejak penyenaraian awam awal (IPO) dua bulan lalu, ekoran penurunan harga saham sejak kelmarin.

Usahawan muda itu dilaporkan bernilai AS$19.1 bilion (RM59.2 bilion) berdasarkan pada harga tawaran IPO AS$38 sesaham pada Mei lalu.

Beliau menjual 30 juta saham pada hari penyeneraian untuk menjana tunai dan membayar cukai.

Zuckerberg masih memegang 503 juta saham ketika IPO dirumuskan.

Laporan CNN menyebut bahawa setakat tengah hari semalam, pegangan pengasas Facebook itu bernilai AS$11.98 bilion (RM37.2 bilion).

Pun begitu, meskipun hanya memiliki pegangan bernilai RM37.2 bilion, Zuckerberg masih berada dalam kategori 72 orang paling kaya di dunia, demikian menurut pemantauan Forbes.

Sejak disenaraikan dua bulan lalu, Facebook mengalami kemerosotan nilai saham tetapi ia menjunam semenjak dua hari.

Syarikat itu mengeluarkan laporan pemerolehan pertama sejak IPO, kelmarin.

Bagaimanapun para pelabur dilaporkan kecewa dengan laporan itu, sekali gus harga sahamnya merosot ke paras paling rendah setakat ini.

Pada Mei lalu, sahamnya dipasarkan di paras AS$22.28 sesaham berbanding AS$38 sesaham dua bulan lalu - penurunan sebanyak 41 peratus.

Olimpik 2012 Kemuncak teori konspirasi ?

Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?
MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
30 Julai 2012
Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati
Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.
Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati
Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.
Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.

Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.

Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.

Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua  yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.

Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.

Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.
Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?

ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...