Pages

Friday, March 08, 2013

Solat Hajat Mohon Kesejahteraan & Keamanan Negara

 ~ khutbah Jumaat tadi oleh Khatib bertugas di Pusat Islam UTM KL sungguh menusuk kalbu para jemaah..berkaitan Ujian Allah SWT kepada KekasihNYA Nabi Muhamad SAW, menempuh Amul Huzn ( Zaman Kesedihan ) dengan kematian orang-orang tersayang..Dimana baginda pergi ke rumah pengasuh anakanda baginda yg sedang nazak, baginda menangis atas kematian anakanda baginda hanya mengalirkan air mata dan menetapkan hati pada Allah..Kembali kepada Allah..Sesungguhnya jika sesuatu kaum itu Allah sayang..pasti akan diuji..Dan mereka yg sabar akan mendapat berita gembira..Khubat oleh khatib tadi sungguh terkesan hingga bagaikan Admin dan para jemaah berada pada waktu itu..terlihat dan terdengar esak dan airmata jemaah..

Selepas Solat Jumaat disusuli solat hajat untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia serta keselamatan pasukan keselamatan Malaysia..Solat Hajat Ini berlangsung serentak di Seluruh Negara


Hampir 15,000 jemaah menunaikan solat sunat hajat bagi mohon anggota keselamatan di Lahad Datu dan negara secara amnya. Solat hajat diimamkan oleh Ustaz Muhd Redza Ahmad di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. FOTO Abd Rahim Rahmat

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..