Pages

Thursday, May 02, 2013

Petronas umum kejayaan penggerudian di medan minyak terbesar Malaysia

~ Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak nasional, Petronas, hari ini mengumumkan kejayaan penggerudian telaga nilaian Cendor Graben-2 dalam Blok PM304, di luar pantai Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini, Petronas berkata telaga itu digerudi hingga kedalaman lebih 1,000 meter dan mengesahkan kewujudan reservoir yang mengeluarkan minyak dan gas.

Penggerudian itu dilaksanakan oleh Petrofac (Malaysia PM304) Ltd, pengusaha Blok PM304, bersama dengan rakan kongsi usaha sama, Petronas Carigali Sdn Bhd, Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company dan PetroVietnam Exploration Production Corporation Ltd.


Medan Cendor ditemui oleh Amerada Hess pada 2001.

Bagaimanapun, penemuan itu pada mulanya dianggap kecil dengan anggaran sumber yang boleh diperoleh sebanyak 12 juta tong (MMstb) minyak, dan dengan demikian dianggap terlalu berisiko dan tidak ekonomik bagi pembangunan, katanya.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..