Pages

Friday, May 03, 2013

The Rock kena Angin Pepasang @ Bengkak Te_lur


The Rock semakin pulih


PELAKON, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama ahli gusti, The Rock semakin pulih selepas dikejarkan ke hospital akibat penyakit hernia. Menurut laporan E! Online, Johnson dibawa ke hospital baru-baru ini dan telah menjalani pembedahan pada Isnin minggu lalu.

“Dia dilihat sudah beransur pulih apabila dia memuat naik gambarnya menerusi laman sosial Twitter miliknya di hospital dengan memakai baju-T biru berlambang Superman.

“Walaupun keadaan kepalanya masih lagi berbalut, tetapi dia tetap menunjukkan aksi seolah-olah sudah pulih sepenuhnya," kata sumber.

Selain memuat turun fotonya di twitter, dia turut memberi maklumat terkini mengenai perkembangannya kepada peminat.

“Dia sering memberi maklumat terkini mengenai kadar kesihatannya menerusi twitter hari ini khusus buat peminatnya.

“Malah, dia juga menyifatkan dirinya masih kuat ibarat watak kartun hero popular ‘Superman’ seperti gambar memakai baju-T yang dimuatkan itu," jelasnya.

Namun, selepas pembedahan dijalankan, doktor telah berpesan kepada Johnson supaya berhenti mengangkat benda-benda berat.

sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..