Pages

Sunday, February 01, 2015

Harga baru minyak bermula hari ini - RON95 RM1.70, RON97 RM2.00



Harga baru minyak bermula 1 Februari - RON95 RM1.70, RON97 RM2.00

~credit ohdunia.my~


PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter mulai esok mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga runcit petrol RON97 pula diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

"Diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Hasan berkata, harga itu adalah bagi bulan Februari dan kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini," katanya.


~kredit n sumber