Pages
▼
Wednesday, March 22, 2017
Sultan Johor ditawar RM2 juta beli gelaran Tan Sri
'Itu bukan periuk nasi saya jual darjah', Sultan Ibrahim berkata pingat dan darjah kebesaran di Johor diberikan atas jasa seseorang semata-mata dan bukan dijual beli.
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata darjah kebesaran yang dikurniakan di negeri itu tidak boleh dijual beli, dan mendedahkan bagaimana orang tengah cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepadanya untuk menganugerahkan gelaran kebesaran kepada orang tertentu.
“Nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi nama nanti dia malu… saya kata pergi berambus.
"Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,” katanya dalam wawancara khas bersama Berita Harian sempena Hari Keputeraan Sultan Johor yang berlangsung esok.
Sultan Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas sekiranya darjah dan pingat diraja dijual beli di negeri lain.
“Itu bukan hak saya untuk komen pun. Negeri lain terpulang kepada negeri masing-masing bukan hal saya, saya tengok Johor sahaja,” katanya.
Menurutnya, ramai “ejen-ejen penipu” menawarkan gelaran kebesaran akan muncul menjelang Hari Keputeraan.
“Pada mereka yang mudah tertipu, itu nasib awaklah. Pesanan saya sekarang… ingat datuk Johor, pingat, darjah kebesaran Johor tak boleh dibeli.”
Sultan Ibrahim berkata mereka yang bakal menerima darjah kebesaran akan dimaklumkan baginda sendiri.
“Contoh tahun ni, mungkin satu dua datuk. Nilai pingat saya dah sama macam datuk. Bermakna… betul-betul orang yang patut layak menerima atas jasa dia baru saya bagi.
“Saya dimaklumkan ada yang menubuhkan kelab datuk dari negeri lain. Di Johor ini, kita tidak ada kelab untuk datuk, malah kita juga tidak ada jata untuk ditunjukkan.”
Sultan Ibrahim berkata apa yang membezakan darjah kebesaran Johor ialah pihak istana akan menerima dengan “hati penuh ikhlas” sekiranya seseorang penerima memulangkan semula darjah yang dianugerahkan kepadanya.
“Kalau fikir sendiri itu dah tak layak memakai darjah Johor, kalau nak pulang boleh pulang. Siapa makan lada dialah rasa pedas.”
sumber
Monday, March 13, 2017
Mesin basuh dengan butang 'kari' dilancar di India
New Delhi: Syarikat Panasonic baru-baru ini mengeluarkan mesin basuh dengan butang ‘kari’ yang direka untuk menghapuskan kesan kotoran berpunca daripada masakan terkenal India itu.
Mesin dengan ciri unik itu dilancarkan di India selepas pengguna sekian lama mengadu gagal membersihkan kesan kari pada pakaian.
Syarikat Jepun terbabit membentuk pasukan khas untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan yang semakin meluas dan akhirnya berjaya mencipta mesin baru dengan ciri istimewa selepas menjalankan kajian selama dua tahun.
Pakar menganalisis suhu air, pengaliran air dan tempoh membasuh yang sesuai untuk menghapuskan kesan kari dan kotoran lain sebelum mencipta formula lengkap, menurut akhbar Japan Times.
Kajian itu turut meneliti ramuan yang menghasilkan kari sepanjang penyelidikan mereka.
Mesin itu dijual pada harga RM1,900, kira-kira 10 peratus lebih mahal daripada mesin basuh biasa.
Kira-kira 5,000 unit sudah dijual di India dan Panasonic merancang mahu menjual kira-kira 30,000 unit setahun. - Agensi
sumber
Wednesday, March 08, 2017
Apa yang dimaksud dengan Persona Non Grata ?
Maksud Persona Non Grata
Maksud Persona Non Grata. Apa yang dimaksud dengan Persona Non Grata ?
Persona Non Grata merupakan istilah Hukum internasional sebagai suatu tindakan penolakan terhadap perutusan/perwakilan Diplomatik oleh suatu negara di Negara Tujuan penempatan Perwakilan diplomatik.
Ada beberapa hal yang menjadi dasar adanya persona Non Grata iaitu :
1. Negara penerima merasa pejabat Diplomatik itu bermasalah
2. Tindakan dan Aktifitas yang dilakukan pejabat Politik itu bersifat Politis dan Subversif yang merugikan kepentingan Nasional dan Mengganggu Kedaulatan Negara Penerima
3. Tindakan dan kegiatan yang dilakukan melanggar Hukum dan Undang-undang negara penerima
4. Adanya tindakan yang dapat mengganggu stabilitas nasional dan Keamanan Negara penerima seperti tindakan Spionase (mata-mata)
Maksud Persona Non Grata
Sekecil apapun tindakan bermasalah yang dilakukan oleh Utusan Diplomatik, telah menjadi Hak negara penerima untuk mempersona Non Grata kan Diplomatik negara Pengirim.
Korea Utara isytihar duta Malaysia persona non grata
Dua hari selepas Malaysia mengisytiharkan diplomat Korea Utara Kang Chol persona non grata, rejim melakukan perkara serupa terhadap duta negara ke Pyongyang.
Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan 2 Hala) Raja Nushirwan Zainal Abidin dalam kenyataan hari ini Duta Mohamad Nizan Mohamad diisytiharkan persona non grata oleh kerajan Korea Utara.
“Tindakan balas ini normal dalam diplomasi. Ingin dimaklumkan kerajaan sudah memanggil pulang duta Malaysia,” kata Raja Nushirwan.
Beliau menambah Nizan kini berada di Malaysia.
Nizan dipanggil pulang “untuk perundingan” pada 20 Februari, beberapa jam selepas ketegangan diplomatik tercetus apabila Kang Chol mengkritik siasatan pihak berkuasa ke atas pembunuhan Kim Jong Nam.
Maksud Persona Non Grata
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan 2 hari lepas berkat Kang Chol diusir kerana gagal menghadap Raja Nushirwan di Wisma Putra.
Anifah mendedahkan kerajaan dalam pertemuan dengan delegasi Korea Utara meminta permohonan maaf secara bertulis daripada Pyongyang mengenai tuduhan yang dilemparkan duta mereka terhadap Malaysia.
Kang Chol mendakwa Malaysia cuba “menyembunyikan sesuatu” dalam kematian Jong Nam, dan menambah Korea Utara tidak boleh mempercayai siasatan Malaysia yang “bermotif politik”.
Kang Chol berkata, jika benar Jong Nam dibunuh, maka Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Beliau turut membidas Datuk Seri Zahid Hamidi, mendakwa timbalan perdana menteri membuat dakwaan palsu mengenai identiti Jong Nam dan menuduh Malaysia berpakat dengan negara asing.
Beliau menambah permohonan bedah siasat kedua, yang disifatkannya sebagai “cubaan untuk merosakkan jasad”, merupakan pencabulan hak asasi manusia dan menunjukkan betapa “terdesaknya mereka untuk mengalihkan kesalahan kepada kami”.
Pertelingkahan dengan Korea Utara bermula apabila Malaysia menjalankan bedah siasat ke atas mangsa bunuh walaupun dibantah Pyongyang.
Maksud Persona Non Grata
Pihak berkuasa tidak mahu melepaskan mayat sehingga ahli keluarga mangsa tampil memberikan sampel DNA.
Jong Nan, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh 2 wanita, semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari.
Difahamkan 11 orang rakyat Malaysia berada di Korea Utara ketika ini. Sembilan daripadanya kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka, manakala 2 lagi sebahagian daripada Program Makanan Dunia PBB. - fmt
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Naik Basikal
'Apa nak hairan, saya biasa tunggang basikal'
Gambar Nor Hisham meronda lorong belakang premis komersil dengan menunggang basikal tular di media sosial pagi tadi. - Foto Facebook
SUBANG JAYA – “Apa nak dihairankan, saya memang biasa tunggang basikal meninjau masalah dan isu setempat, tak sangka pula ada orang rakam hingga tular di media sosial,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Beliau ketika dihubungi Sinar Harian berkata, inisiatif itu dilakukan untuk melihat dengan lebih dekat isu serta masalah diadu dan dihadapi masyarakat setempat.
Menurutnya, beliau tidak menyangka empat keping foto beliau menunggang basikal seorang diri melalui jalan raya dan lorong belakang premis komersil dirakam tanpa disedarinya.
Foto-foto tersebut turut menjadi tular dan menerima reaksi positif serta perkongsian netizen.
Nor Hisham berkata, rutin itu dimulakan sejak awal tahun lalu.
Katanya, beliau bukan tidak mahu menaiki kereta namun menunggang basikal membolehkannya terus ke tempat dituju yang tidak boleh dilalui kenderaan.
“Saya memang dah biasa kayuh basikal Sabtu dan Ahad sambil meninjau mana-mana kawasan bermasalah serta sering terima aduan.
"Pagi tadi saya ambil keputusan meronda di USJ 11, USJ 13 dan USJ 9 untuk lihat kutipan sampah di situ.
“Dalam masa sejam meronda, saya jumpa tempat pembiakan tikus di belakang lorong premis komersil dan berjaya ‘cekup’ pekerja kontraktor kutipan sampah yang buat kerja tak sempurna,” katanya perkara itu akan dipanjangkan kepada jabatan berkenaan.
Tambah Nor Hisham lagi, kakitangannya tidak tahu ke mana beliau pergi ketika menyorong basikal dari pejabatnya di Ibu Pejabat MPSJ, di USJ 5, di sini.
“Bila ada kakitangan MPSJ nampak saya tolak basikal dan tanya nak ke mana, saya akan jawab nak pergi jalan-jalan cari makan.
“Kalau tempat tu jauh, biasanya saya letak basikal lipat dalam kereta, naik kenderaan dan meronda dengan basikal bila sampai lokasi," katanya lagi.
Sebelum itu, gambar beliau memakai baju kemeja bercorak kotak, bertopi, berseluar ‘slack’ dan memakai kasut mengayuh basikal di kawasan premis komersil di sekitar USJ di sini dirakam orang ramai.
Gambar yang turut menunjukkan Nor Hisham mengayuh basikal di lorong belakang premis itu tular sejak pagi tadi.
SUMBER:http: