Pages

Thursday, June 15, 2017

Wang kertas ditandatangani Gabenor BNM baru



Wang kertas ditandatangani Gabenor BNM yang baru diedar esok

Kuala Lumpur: Wang kertas Ringgit Malaysia dengan tandatangan Gabenor Datuk Muhammad bin Ibrahim akan diedarkan secara berperingkat mulai esok, bermula dengan denominasi RM50, menurut Bank Negara Malaysia.

Wang kertas itu serupa dengan wang kertas terkini yang berada dalam edaran, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Wang kertas dengan tandatangan mantan-mantan Gabenor kekal sebagai mata wang sah diperlakukan dan akan terus diedarkan dalam pasaran bersama wang kertas baharu.


http://www.hmetro.com.my/node/170024


 

KUALA LUMPUR: Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka diedarkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Muhamad berkata, pengedaran wang baharu itu dilaksanakan selepas not sedia ada perlu diganti.

"Wang baharu (dengan tandatangan Gabenor baharu) akan diedarkan tidak lama lagi," katanya kepada media selepas merasmikan pameran 'Karya Kertas: Seni Matawang' di sini, hari ini.


Pameran yang berlangsung sehingga 30 November ini, mempamerkan sebanyak 30 wang kertas berasal daripada lebih 10 negara yang wujud sejak abad ke-14 hingga abad ke-21.

Pameran itu menunjukkan nilai dan identiti kebangsaan sesebuah negara menerusi reka bentuk dan ciri keselamatan wang kertas pada masa itu selain cara penyampaian mesej tertentu melalui seni.

Selain itu, pameran berkenaan menampilkan sudut pembelajaran yang menerangkan anatomi dan proses pengeluaran wang kertas bermula dari mereka bentuk, fungsi pusat wang tunai berautomasi serta penggunaan bilik gelap untuk memeriksa ciri keselamatan wang kertas.

Pameran itu dibuka mulai 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.



http://www.bharian.com.my/node/179962