Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, June 01, 2012

10 Rahsia untuk Diet Secara Sihat

1. Pastikan terdapat BUAH atau SAYUR-SAYURAN dalam setiap hidangan anda
Sayur-sayuran dan buah memberikan anda nutrisi paling banyak dengan kalori terendah. Selain itu, merea mengandungi tinggi serat serta kandungan air yang memberikan anda rasa kenyang.

2. Jangan LANGKAU MASA MAKAN
Meninggalkan satu sesi makan bukanlah cara terbaik untuk mengawal sukatan kalori. Sebaliknya anda akan makan dengan lebih banyak pada sajian berikutnya. Makan sedikit tetapi kerap adalah satu strategi yang lebih berkesan.

3. Lakukan senaman otot
Senaman otot dapat membakar kalori, boleh menghidupkan emosi anda serta membantu mengekalkan kekuatan tulang. Ia juga membantu untuk membina jisim otot yang membuatkan anda lebih kuat serta meningkatkan kadar metabolisme badan.

4. Berhenti makan sambil melakukan sesuatu
Maknanya, elakkan makan ketika di dalam kereta, apabila berjalan di pesisir jalan sambil melakukan kerja harian atau makan sambil bersiap di waktu pagi. Sediakan masa untuk duduk serta fokus dan nikmati makanan anda.

5. Berhati-hati dengan kalori air
Kecuali jika air merupakan makanan anda kerana air sepatutnya bebas kalori seberapa mungkin. Dapatkan kebnayakan kalori anda daripada makanan dan bukannya minuman. Ini adalah cara paling mudah untuk mengurangkan lebihan kalori.
READ : Air yang dimaksudkan adalah air manis, karbonat.

6. Pastikan anda mengambil PROTEIN setiap kali makan
Protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding lemak atau karbohidrat. Dapatkannya dalam setiap hidangan atau makanan ringkas seperti yogurt, kekacang, bijiran tinggi kalori, shakes, keju atau satu hidangan tuna untuk snek.

7. Jangan MAKAN sambil menonton
Samada ianya adalah computer, TV ataupun panggung wayang, bila anda makan sambil menonton, anda tidak akan fokus pada makanan. Akhirnya anda akan makan dengan lebih banyak dan tidak menikmatinya.

8. Banyakkan bergerak
Di samping senaman harian, cuba lakukan banyak aktiviti dalam sehari. Naik menggunakan tangga, berjalan atau berbasikal ketika melakukan tugasan, berjalan-jalan di lantai ketika bercakap menggunakan telefon dan berjalan ke tempat rakan sekerja tanpa menggunakan email.

9. WAJIB ambil SARAPAN
Individu yang mengambil sarapan lebih mudah untuk mengekalkan berat badan sihat. Sarapan membuatkan seseorang lebih bertenaga dan ceria di waktu pagi. Otak anda memerlukan “minyak” setelah berpuasa sepanjang malam.

10. Badan sentiasa HIDRASI
Kebanyakan fungsi organ di dalam badan kita bergantung kepada air tetapi kebanyakan orang tidak mengambil kuantiti air yang cukup. Sediakan AIR KOSONG di sisi anda supaya anda dapat minum sepanjang hari.

~sumber~
Sumber : Healthier New Year by Susan Bowerman diterjemahkan oleh mychibibox

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...