Pages

Friday, June 29, 2012

Azwan Ali ‘Angin’ Kerana Rendang Diva?




Ramai artis serta selebriti yang mula mencari peluang perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Turut menunjukkan minat, Azwan Ali yang kini menggelarkan dirinya ‘Chef Diva AA’.

Selepas memasuki rancangan Masterchef Selebriti Malaysia, Azwan Ali nampaknya mula bergiat aktif dalam perniagaan ‘Rendang Chef Diva AA’.

Khabarnya permintaan rendang tersebut semakin meningkat walaupun perniagaan itu dilakukan secara kecil-kecilan menerusi dalam talian.

Tetapi sebaliknya terjadi pada hari ini apabila artis diva kita itu secara tiba-tiba mengamuk menerusi laman sosial twitternya.

Azwan seperti mengamuk dek kerana melayan pelbagai kerenah pelanggan-pelanggannya.

Jika dilihat pada kenyataan Azwan menerusi twitternya, jelas menunjukkan yang ada pelanggan seperti tidak sabar-sabar menunggu penerimaan rendang tersebut.

Malah, Azwan juga seperti kesal dengan segelintir orang yang membuat pesanan tetapi tidak membuat pengesahan pesanan selanjutnya.

Nampaknya, Azwan perlu menambah kakitangan bagi menampung permintaan yang tinggi menjelang Ramadhan dan Syawal ini pada masa sama memastikan kepuasan pelanggannya dalam usaha membantu memperkukuhkan perniagaannya itu.

Jangan marah Dik Non ye….





No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..