Pages

Tuesday, June 19, 2012

Maya Karin Miss Germany




Pada Khamis lalu, Maya Karin telah memuat naik dua keping gambar dia sedang menonton EURO 2012.

Namun, ia bukan di rumah mahupun di kedai mamak berskrin besar bersama rakan-rakan.

Sebaliknya, dia kelihatan ayu memakai jersi Jerman bersama ribuan penonton di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine.

“Best dapat sokong satu daripada dua negaraku semalam!,” jelas Maya menerusi laman sosial twitternya.




Ini kerana Maya dilahirkan di Jerman dan bapanya, Gottfried Roelcke juga berbangsa Jerman.

Mungkin ini yang membuat dia merasakan Jerman dekat di hati.

Nampaknya Maya sanggup berbelanja ke Ukraine untuk menonton perlawanan pasukan kegemarannya itu.

Ramai peminat yang cemburu melihat gambar Maya menyaksikan perlawanan secara langsung bersama ribuan penonton di dalam stadium tersebut.


~Maya Karin Sokong TEAM Aku jugak....GO GERMANY


1 comment:

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..