Pages

Friday, June 01, 2012


Yang Dipertuan Agong ke 14

~ Setiap Hari Sabtu Minggu Pertama Dalam bulan Jun merupakan Hari Cuti UMUM bg Negara kita Malaysia, sempena hari Yang Dipertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim pertama kali menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970, semasa negara sedang pulih daripada kesan peristiwa rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di bawah sistem unik giliran pelantikan sembilan Raja-Raja Melayu, pada April tahun lepas.




Yang Dipertuan Agong Dalam 2 Era-

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mencatat sejarah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali..

Tuanku Abdul Halilm - Ketua Negara dua era

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mencatat sejarah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, ialah seorang Raja yang mencintai alam semula jadi dan begitu mengambil berat mengenai kebajikan rakyat.

Sebagai Sultan Kedah dan ketika pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong antara 1970 dan 1975, Tuanku Abdul Halim sering turun ke akar umbi bagi merapatkan jurang antara rakyat dan Istana.



1 comment:

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..