Pages

Thursday, July 19, 2012

Disney HD tumpuan superhero

Disney HD tumpuan superhero
Wartawan Sinar Harian
19 Julai 2012

Disney HD tumpuan superhero
SALURAN kegemaran kanak-kanak, Disney kini boleh disaksikan dalam definisi tinggi (HD), Disney HD (saluran 637), bermula September ini.

Perkhidmatan 24 jam ini menawarkan gabungan siri Disney HD asli, filem aksi, animasi, hiburan, sukan dan program tempatan.

Saluran ini juga akan menjadi tumpuan penggemar siri superhero popular seperti Spider-Man, Iron Man, Hulk, Thor dan Captain America.

Tidak ketinggalan, animasi penuh aksi Motorcity, Kick Buttowski-Suburban Daredevil dan Phineas & Ferb.

Disney HD merupakan saluran 24 jam Disney yang ketiga di Astro.

Disney Channel (saluran 615) dan Disney Junior (saluran 613) boleh didapati dalam Pek Kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..