Pages

Wednesday, July 11, 2012

Malaysia jadi negara menua 18 tahun lagi

Malaysia jadi negara menua 18 tahun lagi
2:09pm 11 Julai 2012

KUALA LUMPUR 11 Julai - Malaysia akan menjadi sebuah negara menua menjelang tahun 2030 dan ia merupakan satu cabaran kepada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata, ini kerana dalam tempoh 18 tahun akan datang, 15 peratus daripada populasi penduduk negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Malaysia mencapai tahap negara menua hanya dalam tempoh 26 tahun, lebih cepat jika dibanding dengan negara Eropah yang mengambil masa 100 tahun untuk mencapai tahap menua, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Penuaan Penduduk: Isu dan Cabaran di Universiti Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar dan Ketua Pengarah LPPKN Datuk Aminah Abdul Rahman.

Seai Kie berkata, menyedari hakikat itu, kerajaan telah meluluskan penambahbaikan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas pada 5 Jan 2001 yang menekankan kepada pendekatan pembangunan modal insan sepanjang hayat. - BERNAMA

Sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..