Pages

Monday, July 30, 2012

Wang kertas siri baru boleh digunakan di mesin pembelian tiket LRT, monorel


Wang kertas siri baru boleh digunakan 

di mesin pembelian tiket LRT, monorel


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Wang kertas siri baharu yang dikeluarkan
Bank Negara
sejak 16 Julai lepas boleh digunakan di mesin-mesin pembelian
tiket transit aliran ringan (LRT)
dan monorel bagi urusan pembelian token dan penambahan
 nilai Kad MyRapid.
Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad
(Prasarana)
 Masnizam Hisham berkata mesin-mesin pembelian tiket itu
menerima
wang kertas RM50, RM20, RM5 dan RM1 lama dan baharu
sejak wang kertas
baharu dikeluarkan secara rasmi.
"Begitu juga dengan syiling-syiling baharu. Ia diterima oleh
mesin-mesin
pembelian tiket kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masnizam berkata Prasarana dibekalkan oleh Bank Negara
dengan wang-wang kertas
 baharu sebelum pengedaran bagi menjalankan ujian terhadap
 sistem dan persiapan
bagi menghadapi urusan berkenaan.


Prasarana, syarikat induk kepada RapidKL,
mempunyai 286 mesin pembelian tiket
 yang ditempatkan di stesen-stesen LRT dan monorel. - Bernama


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..