Pages

Friday, September 28, 2012

bekalan diesel habis di lembah Klang, Johor dan N9

Lembah Klang, Johor dan NS habis bekalan diesel


KUALA LUMPUR - Bekalan diesel dilaporkan terjejas di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang, Johor dan Negeri Sembilan berikutan kehabisan kuota bahan bakar itu untuk bulan ini.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Hashim Othman berkata, anggota persatuan di kawasan terjejas memaklumkan kepada pihaknya tentang ketiadaan bekalan diesel itu sejak petang semalam.

"Namun bekalan di stesen minyak di sepanjang lebuh raya mencukupi," katanya kepada Bernama.
Beliau menegaskan, situasi itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian panik oleh pengguna terutama menjelang pembentangan Bajet 2013, hari ini.
"Kehabisan kuota lebih awal pada bulan ini (hari ini baru 27 September) mungkin disebabkan kuota tidak cukup atau mungkin juga berlaku ketirisan dan ia tiada kaitan dengan bajet," katanya.

Hashim berkata kuota diesel yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pengusaha stesen minyak adalah berbeza mengikut penggunaan pada setiap bulan.
Bagaimanapun, katanya, pengusaha stesen minyak perlu mengemukakan permohonan kepada KPDNKK sekiranya kuota yang diberikan telah habis. - Bernama


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..