Pages
▼
Sunday, September 16, 2012
Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Amran (bukan nama sebenar),
berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa
di Vista Angkasa, Kuala Lumpur baru melangsungkan
perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu.
Namun begitu, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi
menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan
diburu oleh ‘Ah Long’.
“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran seorang penyelia
kilang di Petaling Jaya yang hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.
“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari
separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.
“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran
sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma
di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri,
semuanya berjumlah RM25,000.
“Jadi dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, dengan
tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta, saya tidak mampu
untuk menanggung hutang sebegini,” kata Amran lagi.
Dalam adat perkahwinan Melayu - Islam di Malaysia, terdapat
dua jenis hantaran iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas kahwin, juga dikenali sebagai ‘wang belanja tubuh’, telah
ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri,
berbeza dengan hantaran perkahwinan.
Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala
hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak
ada kewajiban untuk membayarnya.
“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai
dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang
yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak
tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.
Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa
meletakkan harga sedemikian.
~BACA LANJUT KLIK SINI
Menurut kenyataannya kepada Berita Harian
hari ini, bilangan kes perceraian di ibu kota
yang direkodkan JAWI turun secara mendadak
apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan
64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.
Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota
setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira
10,000 orang adalah golongan muda.
Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh
paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku
dalam jangka waktu berkenaan.
Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula
membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.
Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat mencatatkan penceraian pada
tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes berbanding
tahun 2010 iaitu 28,035 kes.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun
penurunan sebanyak 2.5 peratus.
~bacaan selanjutanya
~sumber~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..