Perenang Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia berdoa sambil mendedahkan aurat.
Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini
mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris
1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di
Dover, England pada 14 September lalu.
Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua
Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung
projek itu.
Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha
akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di
Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.
Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.
Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad
SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat
lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang
lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut
demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan
menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh
lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.
Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga
lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua
keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram
dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2)
Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh
tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam
bab Mabhas Sitr Al Aurah).
Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..