Penyokong Hezbollah
Penyokong Hezbollah membawa sepanduk dan bendera
semasa berarak dalam demonstrasi besar-besaran
membantah Innocense of Muslims di Beirut, Lubnan. - Foto EPA
Penyokong Hezbollah













KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir mengeluarkan
 waran tangkap ke atas rakyat Mesir beragama 
Kristian Koptik dan pastor dari Florida, Amerika Syarikat (AS), 
dan mahu membicarakan mereka berhubung protes 
dan keganasan ekoran filemInnocense of Muslims.
Filem itu yang menghina Nabi Muhammad SAW dan
 Islam telah mencetuskan protes dan
 kemarahan di 20 buah negara.
Pejabat Ketua Pendakwa Raya berkata, tujuh lelaki
 dan seorang wanita, kesemua mereka dipercayai
 berada di luar Mesir, dikenakan tuduhan memudaratkan
 perpaduan kebangsaan, menghina dan menyerang Islam
 secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu.
Di bawah tuduhan itu, mereka boleh dikenakan
 hukuman mati.
Satu kenyataan daripada pendakwa raya semalam berkata, 
antara yang dikenakan tuduhan dan dikeluarkan waran
 tangkap ialah  Nakoula Basseley Nakoula, seorang 
rakyat Mesir Koptik yang tinggal di selatan California,
 dan dipercayai sebagai individu utama di sebalik
 pengeluaran filem itu.
Nakoula telah ditahan oleh pihak berkuasa AS minggu lalu. 
Dia juga pernah disabitkan kesalahan menipu bank.
Begitu juga Pastor Terry Jones, dari California, yang 
pernah mengatakan dia ada didampingi oleh pengeluar
 filem itu agar mempromosikan videonya. Jones pernah 
mencuri perhatian dunia ekoran sikapnya anti-Islam
 dan pernah mengancam mahu membakar al-Quran.
Bagaimanapun nama tertuduh yang lain tidak 
diperoleh dengan segera.

Selain Nakoula, seorang lagi yang dikaitkan dengan
 filem itu ialah Joseph Nassralla, yang mengeluarkan
 kenyataan dalam blog anti-Muslim dan
 aktivis Pamela Geller, lapor Los Angeles Times.
Nassrall merupakan Presiden Media for Christ,
organisasi yang namanya diletakkan
 dalam permit filem.
Filem bajet murah ini ditayangkan sejak 
tiga bulan lalu dan dimuat naik di YouTube 
sejak awal bulan ini.