Kakitangan Awam Terima Tambahan Bonus Satu Bulan, Pesara RM500
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan
menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500,
demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan
gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas,
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan
pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian
bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah
bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib
yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan
Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan
minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500
bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban
penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim
persekolahan yang akan bermula Januari depan.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..