Pages

Thursday, September 13, 2012

Nenek mangsa buli dapat derma RM2.1 juta







TORONTO, Kanada - Seorang pengawas 
bas sekolah yang dibuli tanpa belas kasihan
 oleh empat pelajar sekolah menengah rendah
 di New York menerima lebih AS$700,000 
(RM2.1 juta) dalam derma yang dikumpulkan 
oleh seorang lelaki Kanada.

Karen Klein (gambar), 68, menerima cek 
berkenaan pada satu majlis di sini kelmarin.

Seorang jurucakap untuk kempen dana 
tersebut berkata, lebih 30,000 orang dari 84 buah
 negara telah menyumbang bagi membantu
 meringankan beban Klein.

Jumlah derma terkumpul itu jauh melebihi 
jangkaan seorang lelaki Kanada, Max Sidorov 
yang memulakan inisiatif mengmpulkan 
dana AS$5,000 (RM15,560) supaya Klein 
boleh pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya.

Simpati orang ramai terbit susulan insiden buli
 tersebut yang dirakam oleh seorang pelajar di
 dalam bas berkenaan dan disiarkan di YouTube
 pada Jun lalu.

Klip video itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak
 menghiraukan cemuhan, cacian dan ugutan yang 
dilemparkan terhadapnya oleh keempat-empat pelajar itu. - AP



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_06.htm

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..