Pages

Monday, October 01, 2012

Jangan Diseterika Duit Kertas Baru

Pernah tak anda seterika duit kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)? Saya pernah berbuat demikian dulu semasa duit kertas baru belum dikeluarkan dan diedar kepada orang ramai.
Biasanya saya seterika duit kertas lama apabila saya terlupa mengambilnya daripada poket seluar atau baju sebelum pakaian tersebut dimasukkan ke dalam mesin basuh. Hasilnya selepas basuhan, semua duit kertas tadi basah. Duit kertas versi yang lama itu, akan menjadi lembik apabila terkena air. Jika kita masukkan ke dalam mesin basuh dalam jangkamasa yang lama mungkin, duit kertas lama tersebut boleh rosak. Mungkin sebab itulah Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menukarkan terus duit tersebut dengan duit kertas baru yang designnya lebih istimewa.
Jadi untuk mengeringkannya (duit kertas versi lama), saya memanaskannya dengan seterika. Hasilnya amat memuaskan. Duit kertas tersebut kembali kering dan keras. Dan yang paling penting ianya masih diterima untuk urusan pembelian.
Tetapi awas!!! Jangan diamalkan perbuatan tersebut dengan duit kertas baru dikeluarkan ini. Oleh sebab bahan untuk membuatnya lain daripada material yang terdahulu, hasilnya akan terjadi seperti di atas. Rasanya duit yang rosak itu memang tidak laku lagi kot..
Lagipun duit kertas yang baru ini sudah kalis air. Jadi buat apa nak diseterika lagi, ye tak? :lol:
Jadi, jangan seterika duit kertas baru yang telah dikeluarkan oleh BNM baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..