Pages

Wednesday, October 31, 2012

Taufan Sandy: 3 reaktor nuklear AS ditutup, 1 dalam keadaan berjaga-jaga

WASHINGTON: Tiga reaktor tenaga nuklear Amerika Syarikat (AS) masih ditutup hari ini dan reaktor keempat kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas Taufan Sandy yang membawa ribut dan angin kencang mengancam sistem penyejukan reaktor.

Menyedari kebimbangan bahawa air yang melimpah mampu menenggelamkan reaktor berkenaan seperti yang terjadi di Fukushima, Jepun tahun lalu, pihak berkuasa tempatan berkata, reaktor itu tidak mendatangkan risiko kepada orang awam.
Berikutan itu, syarikat jana kuasa utama New Jersey, PSEG Nuclear menutup unit Salem 1 di Hancocks Bridge yang terletak di sungai Delaware, berikutan pam air reaktor terbabit dilaporkan tidak boleh digunakan akibat cuaca buruk itu.


Operasi Unit 1 The Nine Mile Point di Scriba, New York dan reaktor 3 Indian Point di Buchanan, New York juga terpaksa dihentikan. - AFP

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..