2 Penyerang Kebangsaan Ke Johor : Safee Sali & Mat Yo
Safee ikut jejak Mat Yo
Tanpa angin, tanpa ribut, penyerang sensasi negara, Safee Sali
menyertai skuad Liga Super Johor secara pinjaman selama setahun daripada
kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia.
Dengan
perpindahan pemain yang kini bersama Harimau Malaya menghadapi Piala
Suzuki AFF itu menjadikan Johor satusatunya pasukan disertai enam pemain
skuad kebangsaan untuk menghadapi Liga Super 2013.
Sebelum ini Johor berjaya mengikat Safiq Rahim, Norshahrul Idlan
Talaha atau Mat Yo, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi
Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim
Ahmad.
Bagaimanapun, sidang media majlis menandatangani kontrak antara
Safee dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang sepatutnya
berlangsung di Hotel Prince di sini, malam tadi tidak dapat
disempurnakan seperti dirancang.
Ini kerana Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain kebangsaan yang dalam persiapan
menghadapi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di
Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini keluar dari kem.
“Saya
minta maaf kerana sidang media ini tidak dapat dijalankan seperti
dirancang kerana FAM tidak membenarkan Safee keluar dari kem.
“Apa
pun kami sudah pun mendapatkan surat pelepasan daripada Arema Indonesia
hari ini (semalam) untuk Safee dipinjamkan ke Kelab Bola Sepak Darul
Takzim iaitu pasukan Johor selama semusim dari 1 Disember 2012 hingga 30
November 2013.
“Nilai pinjaman dan gaji bakal diterima Safee tidak boleh didedahkan.
“Rundingan sebenarnya sudah dilakukan sebelum ini dan sepatutnya hari ini (semalam) kami dapat mengadakan sidang media.
“Bagaimanapun,
pada 29 Disember ini, kami akan mengadakan sidang media memperkenalkan
skuad lengkap Johor untuk musim 2013,” kata Setiausaha Kehormat PBNJ,
Suhairi Hashim pemberita malam tadi.
Suhairi sempat menunjukkan
surat pelepasan yang ditandatangani Pengarah Arema Indonesia, Ruddy
Widodo dan surat tawaran kontrak untuk ditandatangani Safee.
Selepas
pengumuman itu, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim yang enggan ditemuramah dilihat bersama rombongannya bergegas
menaiki kereta dipercayai untuk ke Wisma FAM bagi mendapatkan
tandatangan Safee.
Ditanya tindakan Johor itu boleh mengganggu
fokus Safee dan persiapan skuad kebangsaan menghadapi separuh akhir
pertama Piala Suzuki AFF, Suhairi berkata: “Kami nak kejar tarikh tutup
pendaftaran pemain pada 6 Disember ini. Jadi kami terpaksa menyelesaikan
urusan perpindahan ini dengan segera.
“Apa pun Tunku Ismail mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..