Pages

Wednesday, January 09, 2013

PM diserang 'minor strok'?

Saya sihat, jangan dengar dakwaan blog - DS Najib


Najib: Saya sihat, jangan dengar dakwaan blog

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat.

Pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.

"Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," katanya yang diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam satu majlis perasmian di Bursa Malaysia pagi ini.

Blog politik Sarawak Report beberapa hari lalu dalam satu tulisannya mendakwa Najib yang juga Presiden Umno diserang "minor stroke".

http://www.malaysiakini.com/news/218346

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..