Pages

Friday, February 01, 2013

Duduk lebih 4 jam sehari RISIKO penyakit kronik

Satu kajian di Australia mendapati bahawa duduk setiap hari selama lebih daripada empat jam boleh meningkatkan risiko penyakit serius.

Penyelidik dari University of Western Sydney menjalankan kajian melibatkan 63,048 lelaki pertengahan umur, yang mencatatkan berapa jam setiap hari mereka duduk.

Lelaki yang duduk selama lebih daripada empat jam setiap hari terdedah kepada risiko untuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity.

Walaupun kajian tertumpu pada lelaki pertengahan umur, penyelidik percaya keputusan juga sama kepada demografi lain. Salah satu cara untuk mengurangkan risiko dengan mengelakkan duduk yang lama, amalan senaman serta rehat yang cukup. - Relaxnews


translate from TheStar


~  Money2Gold : ok buat kerja berdiri sekarang...berdiri sambil baca blog nie surfing

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..