Pages

Tuesday, March 12, 2013

Polis sahkan Bekas komander MNLF ditembak mati (adakah haji musa bergambar dgn najib)

Polis sahkan bekas komander MNLF ditembak mati


'Jeneral' Sulu yang terbunuh minggu lalu sah bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib.

NONE"Saya ingin sahkan bahawa 'jeneral' (Sulu) bernama Haji Musa ditembak mati pasukan keselamatan," katanya dalam sidang media di Resort Felda Sahabat Beach, Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini dilaporkan 'jeneral' bagi pasukan penceroboh terbunuh dalam pertempuran bersenjata di Tanjung Batu pada Khamis lalu.

Setakat semalam, pasukan keselamatan menemui menemui 22 mayat pihak yang menggelarkan diri mereka "Tentera Diraja Sulu'.

Mayat Haji Musa turut dihantar bersama ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.


- malaysiakini


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..