Pages

Thursday, May 02, 2013

PRU13: Petugas BN parah diserang di Kulim

Gambar Hiasan

KULIM: Seorang petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) cedera parah di muka akibat diserang empat lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas menjaga sebuah khemah yang didirikan sempena pilihan raya umum ke-13 PRU13) di Taman Halia, Lunas, dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh, berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar dikatakan menghampiri dua petugas yang sedang berada di sebuah khemah bersebelahan sebuah pentas pertunjukan yang akan diadakan malam ini.

Katanya, dua petugas itu diamanahkan menjaga barangan dan pentas itu supaya tidak berlaku perkara tidak dingini berikutan terdapat barangan berharga di pentas serta khemah.


"Empat lelaki berkenaan dikatakan tiba di lokasi dengan menunggang dua motosikal lalu serta-merta menyerang mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ghuzlan berkata mangsa yang cedera parah di muka dikenali sebagai C.Padiapan, 50, seorang pekerja kilang, yang pada mula dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan tetapi kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan susulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..