Pages

Monday, July 08, 2013

Erra Fazira Kemalangan Ketika Konvoi Motosikal ke PD



Pada hari Sabtu yang lepas, Erra Fazira telah membuatkan ribuan peminatnya berada dalam kerisauan apabila selebriti itu terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya.
Namun bagi yang prihatin terhadap keadaan Erra, anda boleh menarik nafas lega kerana ia cuma kemalangan kecil dan Erra hanya mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya. Bagaimanapun, kami difahamkan motosikal yang ditunggang Erra agak teruk juga keadaannya.
Menerusi video Keek yang dimuat naik oleh Umie Aida dan Linda Onn, mereka dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Port Dickson namun terpaksa membatalkan niat sebaik sahaja kemalangan itu terjadi.
Kami tak pasti apakah punca sebenar kemalangan tapi apa yang difahamkan, Erra terbabas hingga berada di bawah lori selepas motosikalnya gagal dikawal.


 Apapun, syukurlah Erra tidak mengalami kecederaan teruk walaupun apa yang diceritakannya di dalam video Keek milik Umie Aida agak mencemaskan.





No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..