Pages

Thursday, July 11, 2013

Messi, Neymar Sah ke Malaysia


PETALING JAYA - Promoter Jelajah Asia Barcelona 2013, BSC Soccer Malaysia Sdn. Bhd. mengesahkan dua bintang kelab Sepanyol itu, Lionel Messi dan Neymar bakal beraksi dalam perlawanan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 10 Ogos ini.
Pengarah Urusannya, Effendi Jagan Abdullah berkata, dengan pengesahan itu ia menafikan khabar angin bahawa kelab Catalan itu akan tiba di Malaysia tanpa Messi dan Neymar.
"Ada khabar angin mengatakan mereka tidak akan datang ke Malaysia. Dengan ini saya mengesahkan bahawa seluruh pasukan Barcelona akan beraksi di Malaysia. Ini kerana jelajah pra-musim ini sangat penting buat mereka kerana selepas itu mereka akan beraksi dalam Piala Super," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Sistem Aliran Ringan (LRT) dan Bas RapidKL Khas Barcelona di sini, semalam.


Artikel Penuh: 



~ Money2Gold : Penuh stadium nie....

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..