Pages

Tuesday, September 10, 2013

Bas bateri pertama dilancarkan di Hong Kong


Sekadar Gambar Hiasan

HONG KONG - Bas awam berkuasa bateri pertama di Hong Kong dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai usaha terbaharu pihak pemerintah negara ini mengatasi masalah pencemaran di bandar tersebut.

Ketua eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying sebelum ini telah berjanji untuk menangani masalah pencemaran sebagai salah satu keutamaan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan yang diberikan.

Bas satu tingkat itu dibina oleh syarikat automotif China, BYD.

Ia menggunakan bateri lithium iron phosphate yang mengambil masa selama tiga jam untuk mengecaj dan mampu bergerak sejauh 180 kilometer.

Setiausaha Alam Sekitar, Kam-shing berkata, pihak pemerintah telah melabur sebanyak AS$23 juta (RM 76.8 juta) bagi membangunkannya. - AFP


sumber:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..