Pages

Thursday, November 21, 2013

Poster Filem Baru ‘Ular’ Tiru Poster Filem Hollywood ‘Anacondas’

“Ular”, arahan Jason Chong, merupakan filem bergenre creature-feature yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ular menggandingkan Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani dan Izzue Islam. Ular mengisahkan seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Tapi apa yang ingin difokuskan tentang poster filem ini yang dibandingkan dengan poster filem ‘Anacondas’ di laman Facebook. Boleh dikatakan sangat sama dengan poster ‘Anacondas’ mungkin disebabkan topik utama filem ini tentang ular jadi mereka jadikan filem ‘Anacondas’ sebagai inspirasi.





Sinopsis Filem Ular
Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga. – filem Ular bakal ditayangkan pada 5 Disember 2013 ini.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..