KUALA LUMPUR: Dalam keadaan semua rakyat tertekan sekarang ini, jika
perlu menanam azam untuk menyambut ketibaan tahun 2014 nanti, keazaman
yang paling munasabah bagi semua rakyat Malaysia ialah memastikan Najib
dapat diturunkan daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang
diempukinya.
Bagi blogger politik, Shahbudin Husin segala azam lain tidak akan lebih
bermakna selain daripada azam untuk menurunkan Najib sebagai Perdana
Menteri.
“Najib kini sudah dilihat sebagai liabiliti bagi rakyat negara ini dan
lebih lama beliau berada di kerusinya sekarang, pasti akan menjadikan
kehidupan rakyat lebih sengsara jadinya dan banyak kenaikan lagi akan
dilakukan,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, bagi rakyat biasa, perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan
mereka hanya mungkin berlaku setelah berlakunya perubahan dalam
kepimpinan negara.
Bagi yang pro BN pula, katanya sedarlah bahawa lagi lama Najib kekal sebagai Perdana Menteri, lagi merosot sokongan rakyat.
“Dengan luahan kemarahan semakin kuat daripada dalam Umno dan BN
sendiri, potensi untuk BN kalah dalam pilihanraya akan datang lebih
terbuka jika parti dan kerajaan kekal dipimpin oleh Najib berbanding
pemimpin lain,” tulisnya lagi.
~ money2gold : Lain macam Azam Rakyat Malaysia Tahun 2014 nie..rakyat dah terdesak n tersepit
sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..