Pages

Monday, January 13, 2014

Tujuh mesin ATM dirosakkan lelaki

Ipoh: Tujuh mesin ATM di sebuah bank di pekan baru Menglembu di sini dirosakkan seorang lelaki yang berang kerana kad pengeluaran wangnya di telan mesin berkenaan.

Suspek berusia 34 tahun yang dikatakan mabuk bertindak memecahkan cermin skrin kesemua mesin ATM menggunakan pisau dibawanya jam 10 malam tadi.


Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan suspek berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat, dekat sini, di bank berkenaan tidak lama seleoas itu.

Jurucakap polis berkata, suspek dalam keadaan mabuk dan marah ketika diberkas.

"Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.


Tujuh mesin ATM dirosakkan lelaki yang berang kadnya ditelan

 
sumber:



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..