Pages

Friday, February 28, 2014

Pencetak tiga fungsi dilancar

Pencetak tiga fungsi dilancar  
Kasawaki menunjukkan mesin pencetak model Sharp MX7500 pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Abdullah Yusof
 
Model terbaharu keluaran SRSSC penuhi kehendak dunia percetakan

Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC), pengeluar barangan elektrik terkemuka menerusi anak syarikatnya, Sharp Document System Division (Sharp DSD) memperkenalkan dua model mesin pencetak terbaharu, MX-6500N dan MX-7500N Pro Series.

Set mesin pencetak terbaharu yang dijual pada harga serendah RM90,000 termasuk perkakasan dan perisian itu memaparkan ciri lebih dinamik dan luar biasa berbanding pencetak sedia ada dengan membawa kualiti pengeluaran lebih maksimum, profesional, kualiti imej bertaraf dunia serta mampu mencapai tahap kelajuan cetakan sehingga 75 salinan per minit (ppm).


~ sumber 

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..