Pages

Monday, February 17, 2014

Tukang Urut Dalam Tangki Air

Sorok tukang urut dalam tangki air.


 KUALA LUMPUR – Taktik pemilik salah sebuah rumah urut menyorokkan tukang urut di dalam tangki air ketika serbuan pihak berkuasa terbongkar.* *

Jumaat lalu, cubaan sembilan tukang urut warga asing menyorok di dalam tangki air gagal apabila dicekup Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan di dua premis di Taman Danau Desa, Jalan Klang Lama, di sini.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, pihaknya berjaya membongkar taktik pengusaha salah sebuah pusat urut berkenaan yang dipercayai menyediakan tiga buah tangki kosong untuk pekerjanya menyembunyikan diri ketika serbuan pihak berkuasa.

“Sembilan wanita itu antara 20 tukang urut yang ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10 malam. Mereka terdiri daripada 11 warga China, tujuh warga Vietnam dan dua warga Thailand,” katanya.

Menurutnya, serbuan secara serentak ke atas dua pusat urut dan refleksologi berkenaan adalah hasil aduan dan maklumat awam mengenai premis tersebut yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks.

“Kita temui kondom, pil cegah hamil dan pelincir seks di premis berkenaan, turut dirampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan buku rekod kerja untuk siasatan,” katanya.

James berkata, kesemua wanita itu dipercayai melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan tiada dokumen, salah guna pas* lawatan sosial dan kemudahan pas lawatan isteri kepada warga negara.

“Kesemua wanita berusia dalam lingkungan 25 hingga 38 tahun itu dibawa ke Depot Tahanan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..