Pages

Monday, March 10, 2014

2 penumpang misteri beli tiket guna baht



2 penumpang misteri beli tiket guna baht 
 Warga Itali, Luigi Maraldi menunjukkan pasportnya di balai polis di Phuket, Thailand, semalam. - FOTO AP
Kuala Lumpur: Dua penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada pada 2012 dan 2013, disyaki membeli tiket penerbangan menerusi e-tiket menggunakan mata wang baht.

Difahamkan, mereka yang menggunakan pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel juga membelinya secara bersama berdasarkan nombor sirinya yang berturutan dan pada harga sama. Ia disahkan sendiri sistem pengesahan rasmi e-tiket China, Travelsky.




Kedua-duanya menempah tiket syarikat penerbangan China Southern Airlines yang mempunyai perkongsian kod dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menaiki pesawat MH370 ke Beijing, menggunakan pasport itu.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..