Pages

Tuesday, March 11, 2014

Kpt Zaharie terus terima tweet pelbagai ucapan

Tanpa tweet sendiri, Zaharie terus terima pelbagai ucapan


KUALA LUMPUR: Tweet ucapan penghargaan dari seluruh dunia diterima oleh juruterbang pesawat MH370 menerusi akaun Twitternya, @ZAHARIES sejak Sabtu lalu.

Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun merupakan juruterbang yang mengemudi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu lalu.

Zaharie tidak pernah menulis sebarang tweetnya sendiri dan memiliki seramai 2,212 pengikut di @ZAHARIES.

Rakyat Malaysia tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan pesawat MH370 dan penumpang berada dalam keadaan selamat.

Shahidah Nafisah mengharapkan agar juruterbang itu akan kembali ke tanah air
.

Tidak sekadar kepada juruterbang, Linda Cooper @lindamary69 turut mengingati anak kapal dan penumpang dalam pesawat tersebut.

Seorang juruterbang dari Amerika Syarikat, Larry Galateo turut mengharapkan agar syarikat penerbangan lain menyanjung usaha Kapten Zaharie.

Dalam pada itu sejak tersebar di laman sosial mengenai hobi juruterbang itu, ramai yang menganggapnya sebagai seorang yang kreatif, ini termasuk Onur Ertugrul dari Turki.

Kami rakyat Malaysia seperti Fairuz Liyana Azman, Najwa Najihah dan Sumaiyah terus mengharap dan berdoa agar juruterbang itu bersama penumpang pesawat itu diberikan keberkatan dan keajaiban akan berlaku.


Turut memberikan ucapan penghargaan ialah penyanyi terkenal Ella bersama suaminya, Azhar Ghazali.




Terus memberikan ucapan kepada juruterbang, anak kapal dan penumpang pesawat MH370, sama seperti mereka dan sertakan hashtag #PrayForMH370.


Terus menghantar ucapan kita kepada mereka di laman media sosial.

Pesawat MH370 telah hilang dari radar sejak lebih 80 jam lalu dan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 semakin diperluaskan.

 ~ sumber Kredit

Artikel Berkaitan

~ Kaedah para normal Cari MH370

~ Siapa Sebenarnya Kapt Zahari klin sini

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..