Astro Awani ajukan persoalan, apakah fokus kini tertumpu kepada 20
penumpang yang merupakan kakitangan syarikat semi-konduktor Freescale
yang berpusat di Austin, Texas?
Di Malaysia, Freescale terletak
di Petaling Jaya dengan fasiliti semi-konduktor moden bagi memasang dan
menguji litar bersepadu (IC).
Berdasarkan maklumat diperolehi
dari laman web Freescale, meliputi kawasan seluas 20 ekar, ia
dikhususkan bagi memasang dan menguji mikropemproses, pemproses isyarat
digital dan litar bersepadu frekuensi radio dan telah memulakan operasi
sejak 1972.
Mengikut laporan Reuters, 20 kakitangan Freescale itu
terdiri daripada 'jurutera dan pakar terlibat untuk melaras serta
mengurangkan kos di kemudahan utama mereka yang terletak di China.'
Freescale
beroperasi di lebih 20 negara meliputi 18,000 kakitangan antaranya di
Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Israel dan Russia.
Ia juga
memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian terhadap
keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui www.freescale.com/RFmilitary
Produk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti:
1. Komunikasi medan perang 2. Avionik 3. Radar HF melalui Band L- dan S- 4. Pemandu Misil (Missile Guidance) 5. Peperangan Elektronik (Electronic Warfare) 6. Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF)
Pembangunan sektor ini menurut laman web Freescale bagaimanapun hanya tertumpu di kemudahan syarikat ini di Amerika Syarikat.
Apakah
ia berkaitan dengan kehadiran penumpang dari Freescale ini? Ini
hanyalah satu teori namun sebagaimana dinyatakan pihak berkuasa, mereka
turut melihat profil kesemua 239 penumpang dan krew yang menaiki pesawat
malang ini.
20 kakitangan Freescale dalam pesawat tersebut
terdiri daripada 12 kakitangan Freescale di China yang datang ke Kuala
Lumpur bersama 8 kakitangan dari cawangan di Petaling Jaya.
Menurut
sumber yang enggan dikenali, kesemua kakitangan terbang ke Beijing
untuk menerima latihan satu sistem baru untuk pembangunan
semi-konduktor, lapor Astro Awani.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..