Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hari-ketiga-kawasan-mencari-mh370-diperluas-termasuk-daratan-31633?c
Hari ketiga: Kawasan mencari MH370 diperluas, termasuk daratan
KUALA LUMPUR: Setelah tiga hari operasi
mencari dan menyelamat diaktifkan tiada sebarang petunjuk untuk
menjumpai MH370 yang hilang pada awal pagi Sabtu.
Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), kawasan pencarian kini diperluas sehingga lebih 100 batu nautikal persegi, meliputi perairan pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia.
“Pihak kami juga menjalankan operasi mencari di bahagian darat. Ia juga meliputi kawasan utara Sumatera. Kami akan memperluas kawasan mencari dalam tempoh beberapa hari,” jelas Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media pada jam 8.10 malam, Isnin.
Dibahagikan mengikut zon, kawasan operasi mencari kini semakin berkembang ke utara Laut China Selatan dan dari Selat Melaka sehingga ke Laut Andaman.
“Kami membahagikan kawasan mencari kepada beberapa blok mempunyai kapal yang ditugaskan, setiap pesawat mempunyai bloknya yang tersendiri,” jelasnya.
Azharuddin menegaskan usaha mencari akan dipergiatkan kerana baginya amat “penting” untuk MH370 dijumpai.
“Sekiranya kita tidak menjumpai pesawat terbabit, kita tidak akan dapat mengetahui sebab insiden ini,” jelas Azharuddin lagi.
Sementara itu, Azharuddin memaklumkan pihaknya tidak mengesahkan mengenai laporan media Vietnam yang memetik sumber pihak berkuasa yang mengaitkan penemuan serpihan seperti bahagian pesawat.
“Apa yang (pihak berkuasa) Vietnam lakukan ialah ia melaporkan sebarang penemuan. Setiap kali kita menerima berita sama ada dari media atau lain-lain, kami akan terus menghubungi pihak Vietnam dan selama ini, mereka menafikan menjumpai sebarang objek atau bahagian (pesawat),” jelas Azharuddin.
“Kami harus berhati-hati apabila kami menyatakan kami menemui sesuatu,” sambil menambah pihaknya enggan memberikan harapan palsu.
“Amat sukar untuk menyatakan apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat tersebut. Kami tidak mahu membuat spekulasi. Ia harus menerusi penemuan saintifik… forensik,” tambahnya.
MH370, mengadakan perkongsian kod dengan China Southern Airlines berlepas dari KLIA ke Beijing pada Sabtu, jam12.41 pagi.
Semua komunikasi pesawat terbabit terputus pada 2.40 pagi tanpa sebarang isyarat kecemasan.
Ia membawa 239 penumpang, 38 daripadanya warga Malaysia. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

~ kredit sumber
Artikel Yg Berkaitan Mungkin Anda Meminatinya
~ 10 Tanda Tanya Kehilangan MH370 klik sini
~ Masej Dari Menara Kawalan Beijing klik sini
~ 3 Situasi Kemungkinan Berlaku klik sini
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..