Ada rakan bertanya hilang di Bermuda Triangle ke MH370? Jauh sgt tu dari asia nie..laut China Selatan kot..Jadi terifikir pulak cara alternatif @ para normal, rupanya dah ramai dlm fb, twitter ckp cuba cari kaedah para normal..rupa-rupanya Raja BomoH dah sampai KLIA..
Kalau nak guna para normal boleh Fokus sekitar sini
Kali terakhir pesawat itu dikesan adalah pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur atau kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Laut China Selatan.
Nie ker kordinat yg nelayan tgk pesawat terbang setinggi dua kali pokok kelapa jer...di Tok Bali
Koordinat tersebut dipetik dari artikel dibawah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siasatan dalaman terhadap Jabatan Imigresen - Zahid #MH370 #MalaysiaAirlines #PrayForMH370
Hilang dari radar jika transponder dimatikan.
JOHOR BAHRU 9 Mac - Radar pesawat MH370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan berlaku sekiranya sistem transponder pesawat itu dimatikan sama ada secara sengaja atau sebaliknya.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Ir. Istas Fahrurazzi Nursyirwan berkata, sistem transponder tersebut berfungsi sebagai radar yang membolehkan menara kawalan mengesan jejak sesebuah pesawat yang dalam penerbangan.
"Sistem transponder ini akan beroperasi sebaik sahaja sesebuah pesawat itu memulakan penerbangan dan mustahil (radar) boleh hilang begitu sahaja melainkan sistem tersebut dimatikan secara sengaja.
"Selain itu, sesebuah pesawat itu boleh gagal dikesan oleh radar sekiranya meletup di udara sehingga menyebabkan sistem transponder rosak dan tidak berfungsi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam perjalanan ke Beijing, China dan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pukul 2.40 pagi semalam setelah berlepas dari KLIA pukul 12.41 tengah malam.
Kali terakhir pesawat itu dikesan adalah pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur atau kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Laut China Selatan.
Istas yang berpengalaman dalam bidang kawalan kapal terbang dan trafik udara berkata, sekiranya pesawat itu menghadapi masalah atau terhempas, kapten pesawat masih sempat menghantar isyarat kecemasan kepada menara kawalan.

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..