Pages

Wednesday, March 05, 2014

Wow! Kekasih Aidil Zafuan, Zarema Adakan Bridal Shower

Wow! Kekasih Aidil Zafuan, Zarema Adakan Bridal Shower


Wow! Kekasih Aidil Zafuan, Zarema Adakan Bridal Shower| Umum sudah mengetahui bahawa bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan kekasihnya Zarema Zainal bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac ini.
Walaupun belum diumumkan tarikh sebenar majlis  tersebut, sudah pasti debaran bergelar raja sehari semakin dirasai oleh pasangan sejoli ini.
Terkini, menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish, Zarema telah mengadakan satu majlis bridal shower yang bertemakan Masquerade Party.
Dalam majlis yang diraikan bersama sahabat-sahabat baiknya itu, Zarema nampak anggun mengenakan busana merah dengan memegang papan tanda berbentuk hati yang tertulis #AZ4ever.
Sementara itu, kesemua jemputannya pula memakai busana berwarna putih dan turut menggunakan topeng yang menutup separuh muka mereka.
Kalau anda nak tahu, sebelum ini juga Zarema pernah mengadakan beberapa buah keraian bagi menyambut tarikh keramatnya itu.
Apapun, diharapkan semoga majlis perkahwinan mereka kelak akan berlangsung dengan lancar dan kekal hingga ke akhir hayat. -ohbulan


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..