Pages

Saturday, June 28, 2014

Perompak marah rakan noda mangsa, mahu jadikan kekasih

Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba ‘jatuh cinta’ terhadap mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan sebelum diletakkan di bilik lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia yang terjaga daripada tidur cuba menjerit apabila menyedari dua suspek yang memakai topeng berdiri di atas katilnya, namun gagal kerana seorang daripada penceroboh menekup mulutnya dengan tangan.

“Ketika saya diarahkan berbaring dalam keadaan telentang sambil mulut ditutup, seorang lagi penceroboh cuba mengambil kesempatan mencabul saya.


RAZAK (kanan) ditemani isteri mengemas barangan di bilik tidur selepas diselongkar perompak.


“Namun, tindakan itu dihalang oleh penceroboh ketiga yang memberi amaran akan memukul rakannya itu jika saya diapa-apakan dan mengarahkan saya menyerahkan semua wang dan barang kemas yang disimpan.

“Selepas itu dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu sering memerhatikan saya di beberapa majlis keramaian. Dia kemudian menawarkan diri menjadi kekasih selain melarang penceroboh lain mengambil komputer riba saya selepas saya merayu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


.
.~ sumber









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..