Pages

Friday, September 19, 2014

Lelaki tanpa kedua-dua belah tangan lulus ujian memandu




CAUNITIS menunjukkan lesen memandu yang yang diperolehnya selepas lulus dalam ujian memandu.- Agensi

RIGA, Latvia - Seorang lelaki di bandar ini berjaya memperoleh lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu dengan menggunakan kaki, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama.

Caunitis kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua tugas termasuk memandu kereta.

Walaupun cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih selamat berbanding pemandu normal.

Caunitis berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Pengajar itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya hanya menggunakan kaki.

"Saya lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama," katanya. - Agensi










No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..