Pages

Friday, December 05, 2014

Gadis mati mengejut dalam pesawat




PENUMPANG sebuah penerbangan dari London ke New Jersey, Amerika Syarikat panik selepas seorang gadis meninggal dunia di dalam pesawat berkenaan.

Gadis berusia 23 tahun dari New Jersey itu disahkan meninggal dunia selepas pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Heathrow pada Isnin malam.

Seorang doktor yang berada di dalam penerbangan tersebut cuba menyelamatkan gadis terbabit bagaimanapun gagal.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New Jersey berkata, satu laporan polis telah dibuat sebaik sahaja pesawat mendarat.

Jelasnya, berikutan itu juga kesemua penumpang disaring kerana bimbang berlaku sebarang radiasi atau pencemaran di dalam pesawat.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod masalah kesihatan.

Berikutan itu, penumpang dibenarkan pulang tanpa pemeriksaan lanjut. 


http://www.mstar.com.my/berita/berit...-pesawat-mati/



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..