Pages

Tuesday, December 02, 2014

KINI BANJIR KILAT SUDAH MELANDA LEBUHRAYA PLUS - Lebuhraya Utara Selatan







KINI BANJIR KILAT SUDAH MELANDA LEBUHRAYA PLUS Banjir kilat di kedua-dua arah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Behrang ke Tanjung Malim sejak 7 malam tadi, menyebabkan keadaan trafik sesak di kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan. Jurucakap PLUS berkata jalan tersebut tidak dapat dilalui sejak 7 hingga 9 malam tadi. "Sejak 9 malam tadi, hanya lorong kanan di kedua-dua laluan dibuka kerana air masih bertakung akibat banjir kilat," katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur. Beliau berkata kenderaan di kedua-dua laluan, kini bergerak perlahan. PLUS menerusi akaun Twitternya turut melaporkan kira-kira 7.50 petang tadi, kesemua laluan di KM 395.3 - 395.4 (Behrang - Tanjung Malim), ditutup. Sementara, maklumat twitternya pada 9.18 malam tadi, memaklumkan 'median opening' di KM 394.4 dibuka untuk trafik arah selatan.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..