Pages

Friday, June 19, 2015

Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)




Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) | Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! 
 
SAPS Semakan Ibu Bapa
Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.
SAPS
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
 Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    saps
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. via Malaysia Tercinta

Nota
Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015. Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2015 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2015
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2015
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2015
Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2015




No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..