Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, October 13, 2016

Posmen berjaya hantar surat biarpun tanpa alamat




Posmen berjaya hantar surat biarpun tanpa alamat




DUBLIN 8 Okt. – Tanpa sebarang alamat dan hanya berdasarkan lakaran peta tulisan tangan pada sampul, seorang posmen berjaya menghantar sepucuk surat kepada pemiliknya.

Surat tanpa alamat itu dikirim ke sebuah rumah api Hook di kawasan terpencil Semenanjung Hook di tenggara Ireland.

Namun pengirimnya, Red Dave gagal mengingati nama rumah api itu atau kawasan ber*kenaan, sebaliknya melukis peta kawasan itu yang menunjukkan sebuah rumah api di hujung kawasan terbabit dan melukis anak panah dan tertera ‘Di sini.’

Pengirim itu bernasib baik apabila perkhidmatan pos Ireland menyifatkan lakaran peta itu sudah memadai sebagai alamat dan surat tersebut selamat sampai kepada penerimanya.

Menurut laporan laman web msn.com melalui Facebook milik rumah api Hook, mereka turut memuat naik gambar sampul surat berkenaan.

“Tahniah kepada posmen yang berjaya menghantar surat ini melalui lakaran peta yang dilukis Dave,’’ katanya.

Tidak diketahui sebab Dave memutuskan untuk melukis peta berbanding mencari alamat, namun begitu rumah api Hook sudi mendedahkan isi kandungan surat berkenaan.

Surat itu dikirimkan Dave bagi melahirkan perasaan gembiranya dan betapa dia menyukai rumah api Hook.

Poskod hanya diperkenalkan di Ireland pada tahun lalu selepas 56 tahun digunakan bagi memudahkan penghantaran surat di United Kingdom.


 
 
 
 
 
 
 


















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...