Pages

Wednesday, October 19, 2016

Wakil rakyat Iceland susukan anak sambil berbahas di parlimen





REYKJAVIK: Seorang wakil rakyat Iceland terpaksa menyusukan anaknya sambil berbahas di Parlimen dengan disaksikan penonton menerusi siaran langsung di televisyen.

Ketika kejadian, Unnur Bra Konradsdottir daripada Parti Kemerdekaan sayap kanan sedang duduk dan memberi susu badan kepada anak perempuannya yang berusia 6 minggu, sebelum dipanggil secara tiba-tiba untuk membahaskan satu rang undang-undang.

Ibu kepada 3 anak itu kemudiannya berdiri dan berjalan ke podium dengan anaknya masih di dadanya.

Beliau kemudian menyuarakan pandangannya sambil anaknya menyusu secara diam-diam.

“Beliau tidak terganggu. Sebaliknya, beliau akan terganggu jika saya berhenti menyusukannya untuk berucap,” katanya pada Rabu lalu.

Konradsdottir berkata, tanggungjawab politik tidak mengubah tugasnya sebagai seorang ibu.

“Seperti kerja lain, anda perlu jalankan tanggungjawab anda.”

Media Iceland mengesahkan ini adalah kes pertama di negara itu yang mengamalkan kesamaan jantina, dengan memilih ketua wanita pertama negara, Vigdis Finnbogadottir, seawal 1980.

Penyusuan ibu di khalayak ramai menjadi tajuk perbincangan hangat di banyak negara, namun bagi Konradsdottir, “ia adalah perkara paling semula jadi di dunia”.

Beliau dipilih ke Parlimen pada 2009 dan menganggotai Jawatankuasa Perlindungan Sosial dan Jawatankuasa Mengenai Hal Ehwal Sekolah.













KREDIT SOURCE








No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..