Pages

Wednesday, October 12, 2016

Warga emas tak jumpa jalan balik lepas jumpa perempuan cantik





Saari (dua, kanan) memimpin abangnya dengan bantuan Bomba Penyelamat Pasir Mas dan Rantau Panjang sebelum dibawa pulang.

RANTAU PANJANG - "Pak Do nak pergi Pasir Mas, tapi masa berjalan Pak Do jumpa hantu dan perempuan cantik. Pak Do tak jumpa jalan balik," kata seorang warga emas yang dilaporkan hilang, semalam.

Mangsa, Ismail Mamat, 57 dilaporkan hilang lebih 24 jam ditemui keletihan, kira-kira 25 kilometer dari lokasi rumahnya.

Ismail berkata, disebabkan sesat, dia terpaksa tidur di tepi jalan dan mengharapkan penduduk untuk menghulurkan makanan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, warga emas berkenaan ditemui oleh orang awam di kedai kosong, dekat Kampung Banggol Kulim pada jam 5.45 petang.

"Bertindak atas maklumat awal, saya bersama empat anggota ke lokasi tersebut dan membawa mangsa ke Balai Bomba Rantau Panjang untuk rawatan lanjut.

"Pada mulanya, mangsa cuba mengelak namun akur selepas dipujuk serta dipimpin oleh anggota terlibat," katanya.

Beliau berkata, Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, El Taraff Mohd Zachariah mendapati, tahap kesihatan mangsa dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, adik mangsa, Saari Mamat, 55, berkata, dia bersyukur abangnya ditemui dalam keadaan selamat.

Menurutnya, sebelum ini ahli keluarga risau sekiranya mangsa berada di parit air atau hutan berhampiran.

"Syukur, tuhan makbulkan doa kami dan kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha mencari abang saya sehingga ditemui,” katanya.

Mangsa yang mempunyai masalah gangguan perasaan didapati hilang dari rumahnya pada jam 8 pagi, kelmarin.








kredit N Sumber







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..