Pages

Friday, November 18, 2016

Apple bakal lancar 3 model iPhone 8 pada 2017






Apple dipercayai akan melupuskan bezel iaitu rangka tetingkap bagi menjadikan ukuran telefon pintar baharu sama dengan saiz iPhone terkini.

NEW YORK 17 Nov. – Apple Inc. bakal melancarkan tiga model iPhone 8 dengan paparan bersaiz 4.7 dan 5.5 inci pada tahun depan.

Penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo berkata, pengguna bakal melihat iPhone 4.7 inci dengan paparan cecair kristal (LCD) dan varian 5.5 inci dengan skrin LCD berserta dwi kamera.

Katanya, satu lagi versi ialah dengan skrin diod lampu organik (OLED) ditambah konfigurasi dwi kamera tetapi tidak dinyatakan saiznya.

“Apple telah meng-
gunakan skrin OLED pada produk MacBook Pro Touch Bar baharu dan ini bermakna ia bukan satu perkara mengejutkan untuk melihat teknologi itu dipasang pada iPhone pada masa depan.

“Selain itu, telefon pintar lain di pasaran buat masa kini seperti Samsung Galaxy S7 dan Pixel Google sudah menggunakan skrin OLED,” katanya menerusi laporan Tech Times di sini.

Walau bagaimanapun, di sebalik semua spekulasi ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Apple sendiri.

Baru-baru ini, Firma Penyelidikan, Barclays Research menyatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone 5.8 inci dengan paparan OLED melengkung pada tahun depan.

Unjuran itu seterusnya menguatkan spekulasi Kuo terhadap pelancaran beberapa varian dan gambaran kepada pelbagai saiz telefon pintar berkenaan.

Kuo berkata, Apple dipercayai akan melupuskan ‘bezel’ iaitu rangka tetingkap bagi menjadikan ukuran telefon pintar baharu sama dengan saiz iPhone terkini.

“Apple juga dijangka melancarkan iPhone 5.8 inci skrin OLED dengan rangka telefon diperbuat daripada kaca pada 2017,” jelasnya. – AGENSI

















- kredit source









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..